Wednesday 2 September 2015

                


                          Zaman Penjajahan Jepun ( 15 Feb 1942-15 Ogos 1945)

Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942-15 Ogos 1945), namun kesannya amat mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu.

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.




KEMENANGAN TENTERA JEPUN

           

Ketidaksediaan Tentera British menghadapi peperangan

-Pihak British tidak bersedia untuk meghadapi peperangan. Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (dari Singapura) kerana pusat pentadbiran British di situ, tetapi Jepun sebenarnya memulakan serangan dari arah utara (di Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu persatu.

Kelemahan pertahanan laut British

-Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British. Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutamanya apabila dua kapal perang mereka iaitu Prince of Wales dan Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Dis 1941 di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang).

Persediaan peperangan oleh Jepun

-Tentera Jepun telah membuat persediaan peperangan yang rapi di mana mereka mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu. Mereka begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan seperti menunggang basikal meskipun di kampung-kampung dan hutan, maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera.

Kelebihan Tentera Jepun

-Kelebihan tentera Jepun yang cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang cukup baik. Ini juga disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tsuji. Ini bertentangan dengan sikap tentera British kerana sebahagian besar mereka terdiri daripada orang India yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan.

Kelewatan Tentera Bantuan dari London dan India.

-Fenomena ini adalah berpunca akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British.



                                          
                                          PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Feb 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.

Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran daripada penentangan tentang pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia” dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun pada waktu itu.

Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943.





                                                     KESAN KEDUDUKAN JEPUN

KESAN EKONOMI

Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup. Para petani dan nelayan telah dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun. Perdagangan menjadi lumpuh dan nilai mata wang negara turut terjejas kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.

KESAN POLITIK

Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan Orang Melayu. Orang Cina dan India dengan ciri bangsa masing dan cenderung mengenai negara asal. Orang Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti ini menjasi yang terkuat pada tahun 1945-1948.

KESAN SOSIAL

Orang Cina telah ditindas, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa. Orang Cina terpaksa lari ke pinggir hutan dan membuka petempatan baru. Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dengan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlangsung  3 ½  tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu.Dalam tempoh ini, PKM (Bintang Tiga) cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara.

Pada Sept 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal keadaan dan memerangi kumpulan Bintang Tiga. Beberapa rancangan telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti pengisytiharan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.





                                                      PERNGISYTIHARAN DARURAT

Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak dan pada 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.

Undang-undang Darurat 1948 telah memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan. Pihak tentera juga mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung di kawasan dimana terdapatnya kegiatan komunis.

Sistem pendaftaran juga telah diperkenalkan dan melalui sistem ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftar dan mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen ini penting sebagai identiti warganegara yang membezakan mereka dengan pengganas.




                                                           RANCANGAN BRIGGS

Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pemberontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan.


                                                                  PERANG SARAF

Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 menggantikan Sir Henry Gurney. Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan di antaranya;
·   Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
·   Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri.
·   Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis.
·   Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka.
Di samping itu juga, beliau telah memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’. Templer  juga memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis.
  








                                                                 RUNDIGAN BALING

Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan. Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan oleh kerajaan supaya PKM meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. Akhirnya, darurat 
diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960




                                               VIDEO ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN









                            PENGAJARAN

  Berdasarkan apa yang telah kami pelajari dari zaman penjajahan jepun kita mestilah mempunyai jati diri agar tidak mudah dipengaruhi oleh kuasa asing.Mencontohi sikap askar jepun yang begitu taat pada pemertintah.Selain itu,bersatu padu menetang orang yang mahu kuasai tanah air kita.Di samping itu,mempunyai inisiatif untuk belajat agar dapat menambah ilmu pengetahuan agar generasi akan datang dapat memimpin negara.Seterusnya,pemimpin perlu bijak dalam melakukan sesuatu perkara agar rakyat tidak mudah ditindas.



                                     KESIMPULAN


Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan negara dari segi sosial,politik dan ekonomi tanah melayu.
Pengalaman hidup dibawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat Nasionalisme di dalam diri masing-masing.
Pentadbiran dibawah jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran ke arah menutut kemerdekaan.


                                               RUJUKAN



https://www.youtube.com/watch?v=HE4CZs5Lfsk

https://siangmalam46.blogspot

https://www.google.com.my/#q=zaman+penjajahan+jepun+di+tanah+melayu